Ibu Aiman Tino Luah Rasa Kecewa Digelar ‘Mertua Dari Neraka’

- Advertisement -

Nama Aiman Tino menjadi perhatian netizen apabila ibunya mendakwa Aiman menghilangkan diri dan dikawal kekasih. Dalam satu kenyataan, Aiman telah meminta maaf kerana tidak menghubungi kedua ibu bapanya dan menjelaskan perkara itu hanya salah faham.

Baru sahaja reda isu tersebut, muncul pula perkara lain apabila ibu penyanyi tersebut digelar mertua dari neraka oleh seorang individu dalam satu perkongsian ibu Aiman Tino di Instagram.

Bukan itu sahaja, individu tersebut mengatakan malang bagi wanita yang bakal jadi isteri kepada anak lelakinya itu. Lantaran itu, Hazelina iaitu ibu Aiman Tino tidak hanya berdiam diri dan menegaskan bahawa apa yang netizen lihat hanya luaran sahaja dan dirinya mahu membawa Aiman menuju ke Syurga.

Tambahnya, dirinya sebagai ibu pastinya terkilan apabila anak yang dijaga dari kecil dengan penuh kasih sayang tetapi apabila dewasa orang lain kikis. Ketika ini, Hazelina memberikan ruang kepada Aiman untuk menjelaskan perkara sebenar dan tidak berniat mengulas lanjut berkaitan isu kehilangannya sebelum ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat