KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza tampil memberi pencerahan kepada penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang bahawa beliau dan karya satiranya bukan musuh negara.
Fahmi Reza sebaliknya menegaskan musuh negara sebenar adalah koruptor-koruptor bangsat yang dilindungi dan disanjungi pemimpin-pemimpin.
“Dear Walanon, Walaun, Macai dan pengampu politikus, aku bukan musuh negara.
“Musuh sebenar negara adalah koruptor-koruptor bangsat yang dilindungi dan disanjungi pemimpin-pemimpinmu.
“Koruptor-koruptor yang diterima, disucikan dan dijulang demi kuasa dan kedudukan, sedang negara terus lemas dalam rasuah, kronisme, nepotisme, feudalisme dan bebalisme,” dakwa Fahmi Reza dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat.
Fahmi atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin seorang pereka grafik yang sering menghasilkan karya berkaitan poster karikatur sebagai ‘kritikan nakal’ kepada pemerintah.