SPRM rakam keterangan Ismail Sabri, beri projek

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pemberian projek kepada individu tertentu termasuk melaksanakan dua program di bawah pentadbirannya, sebelum ini.

Proses keterangan bekas pemimpin itu diambil SPRM di ibu negara kira-kira pukul 10 pagi ini.

Siasatan itu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009, lapor Utusan pada Rabu.

Akhbar itu sedang mendapatkan pengesahan SPRM berhubung perkara ini.

Terdahulu, akhbar berkenaan melaporkan siasatan SPRM terhadap beliau turut memfokuskan kekayaan dimilikinya termasuk ahli keluarganya.

SPRM juga dipercayai telah merakam keterangan pembantu yang mempunyai hubung kait dengan beliau sebelum ini.

Namun, SPRM sekali lagi akan mengambil keterangan pembantu bekas pemimpin itu termasuk ahli keluarganya yang salah seorangnya dipercayai berada di Sabah ketika ini.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri minggu ini bagi memberi keterangan berhubung penggunaan wang sebanyak RM700 juta bagi tujuan publisiti kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Tanpa menamakan sesiapa, Azam memberitahu, tokoh kenamaan itu akan dipanggil dalam masa terdekat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat