Rumah Ngeh Koo Ham terbakar diserang molotov cocktail pagi tadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kediaman dan tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar di Manjung, terbabit kebakaran, hari ini.

Koo Ham menerusi Facebook pagi ini berkata, kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Beliau memaklumkan rumahnya diserang “molotov cocktail” sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.

Beliau turut memaklumkan akan mengadakan sidang media di Pusat Khidmat Ayer Tawar, berkenaan insiden terbabit, 12.30 tengahari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan, 3.05 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan tiga kereta di kawasan parkir di rumah membabitkan Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux.

“Kebakaran juga membabitkan siling dan bumbung garaj kereta.

“Tiada mangsa cedera dan operasi ditamatkan 4.44 pagi selepas kebakaran dipadamkan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, nama ahli parlimen daripada DAP itu mendapat perhatian meluas selepas beliau mencadangkan pakar perlembagaan daripada kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Beliau bagaimanapun memohon maaf dan menarik semula cadangannya itu selepas dikritik pelbagai pihak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat