Bakar, khianat tak boleh diterima – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -PAS merakam ucapan takziah atas musibah yang menimpa Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham apabila kediamannya terbakar pagi tadi.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan, walau apapun perbezaan yang berlaku di dalam politik, tindakan membakar dan mengkhianati harta individu lain apalagi melibatkan risiko kehilangan nyawa adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

“Pagi ini tersebar berita bahawa berlaku kebakaran rumah Ahli Parlimen Berus, Ngeh Koo Ham yang dikatakan dilakukan oleh seorang individu tidak dikenali sekitar jam 2.50 pagi.

“Kita rakamkan takziah kepada beliau atas musibah yang dialami. Walau apapun perbezaan yang berlaku di dalam politik, tindakan membakar dan mengkhianati harta individu lain apalagi melibatkan risiko kehilangan nyawa adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan menurut undang-undang yang sedia ada. Semua pihak dinasihatkan tidak membuat apa-apa spekulasi yang boleh menggangu siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Koo Ham memaklumkan rumahnya diserang dengan molotov cocktail sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat