Langkah Dubai tak ubah seperti sarkas – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naratif ‘Langkah Dubai’ dimainkan untuk memberi modal politik kepada Kerajaan Perpaduan untuk menyerang Perikatan Nasional (PN).

Selain membuang masa, Langkah Dubai juga didakwa dijadikan senjata untuk mengalihkan perhatian menilai kerajaan kepada menghentam pembangkang yang disifatkan ‘jahat’ menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa, Langkah Dubai dicipta untuk dijadikan sebab kerajaan nak serang PN memandangkan suasana politik yang ‘membosankan’ dan naratif itu tidak ubah seperti sarkas.

“PN dahla tak cakap pasal polisi, tak reti cakap soal polisi jadi dia macam tunggul saja kat situ jadi dia kena serang sesuatulah… oh Langkah Dubai jadi dia hentam-hentam dan ini dikatakan gugat kestabilan ekonomi, politik.

“Manakala PN pula terus mengiyakan usaha untuk menjatuhkan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Maka akan berlaku usaha daripada PH-BN untuk menghentam mereka (pembangkang) terutamanya bila ada cuti,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Malah menurut Khairy apabila bercakap soal Langkah Dubai kita pun rasa semakin bodoh.

Bahkan, bekas Menteri Kesihatan itu juga tidak menolak kemungkinan Langkah Dubai dicetus oleh ahli-ahli Parlimen tertentu yang memberi harapan.

“Mungkin ada ahli Parlimen tertentu yang memberi harapan sama ada harapan itu betul atau harapan palsu kerana cerita ini mula selepas rombakan Kabinet.

“Ada yang kata ada sosok tertentu dalam Umno tak puas hati, mesti ada orang yang mencetuskan perkara ini.

“Bagaimanapun kami di Keluar Sekejap harap bahawa penggulingan ini dapat dihentikan. Elak istana digunakan, jangan letakkan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan sukar, selesaikan di Dewan Rakyat,” saran beliau.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula menegaskan cereka Langkah Dubai sebagai tak masuk akal dari segi angka majoriti antara kerajaan dan pembangkang.

“Saya lebih tertarik kenapa perkara ini boleh jadi berita sedangkan siapa yang boleh baca angka di Parlimen dan luangkan masa 5 minit memikirkan cerita ini, akan sedar bahawa cerita ini tak masuk akal.

“Ini kerana Sarawak perlu mengatakan kita nak keluar, tak nak sokong Datuk Seri Anwar barulah ada sikit kemungkinan dan Sarawak tak akan buat.

“Dan kalau ada ahli-ahli Parlimen yang tak puas hati, tidak selesa kalau ada pun adalah di kalangan ahli-ahli Parlimen dalam Umno, kenapa parti-parti lain kena ikut? saya tak nampak mana-mana parti PH akan buat benda sama. Dalam keadaan ada 148 dan campur 5 orang yang sokong dah 153 lebih 150.

“Sedangkan untuk jatuh kurang daripada 112 majoriti perlukan satu gelombang yang tak realistik ia akan datang daripada mana
jadi saya rasa macam lebih tertarik memikirkan adakah perlu diwujudkan cerita Langkah Dubai kerana kedua-dua kerajaan dan pembangkang memerlukan cerita politik untuk kekal relevan, adakah dengan cerita PADU, penyelarasan subsidi, hal-hal polisi dasar yang ada kena mengena dengan rakyat adakah isu-isu tidak cukup hangat untuk kehidupan politik mereka hinggakan mereka perlu mewujudkan cerita yang tak masuk akal yang bagi orang cakap-cakap supaya rasa diri mereka relevan dalam dunia politik,” bidas Shahril.

Tambah beliau, “kita tak pasti siapa yang mewujudkan cerita ini dulu tapi dua-dua pihak mengiyakan sebab best, tak ada kerja lain”.

“Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang mulakan cerita ini kalau ikut kronologi.

“Ibarat “whack the dog” suatu isu dicetuskan untuk mainkan keadaan dan isu itu tak wujud atau tak penting pun.

“Nampak kedua-dua pihak seronok bila cerita ini wujud walaupun realitinya tidak ada kerana J-KOM yang mulakan…sebagai sebuah entiti kerajaan kalau betul pun sebarang langkah perlu atau tidak sebuah entiti kerajaan mengesahkan perkara ini.

“J-KOM seolah-olah mengesahkan perkara ini, pada masa yang sama kamu cakap tentang kita perlukan kerajaan yang stabil, kita perlu pelabur masuk, sokonglah kerajaan sekarang kerana ini kerajaan Yang di-Pertuan Agong macam-macamla digunakan tapi entiti kerajaan sendiri mengesahkan satu berita, satu khabar angin yang tak ada bukti pun dan apa kesannya kepada persepsi pelabur, apa kesan kepada imej luar kita apabila diplomat-diplomat membaca berita ini kerana ia bukan datang daripada cybertrooper kalau hanya datang daripada cybertrooper PN dan tak kisahlah tapi datang daripada entiti kerajaan,” tempelak beliau.

Ujar Shahril modal Langkah Dubai “membolehkan kerajaan berada dalam satu mentaliti kita diserang dan kita nak satu dunia tahu tahu kita diserang, tolong pertahankan dan ia memberi satu fokus kepada lawan itu ketika saya dinilai”.

“Jadi Langkah Dubai alihkan fokus kepada yang jahat tu yang cuba menjatuhkan rumah ini.

“…yang si jahat ni kata kita tak jahat memang kita kena jatuhkan kerajaan ini kerana kerajaan ini buruk.

“Apa yang berlaku tidak ada sesiapa yang betul-betul fokus tentang buruk baik prestasi kerajaan sepatutnya itu yang menjadi percakapan dan perbualan,” dakwa Shahril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat