Buktikan saya cuba rasuah Agong – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduhnya mengemukakan bukti kononnya beliau terkait dalam cubaan merasuah Yang di-Pertuan Agong RM500 juta hingga RM1 bilion atas tujuan menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan individu yang mendakwa perkara itu sebagai pengecut kerana berselindung.

“Media sosial membawa kenyataan bahawa saya merasuah Yang di-Pertuan Agong RM500 juta hingga RM 1 bilion.

“Sila buktikan bahawa saya melakukan ini. Membuat kenyataan sedemikian dan menyembunyikan identiti anda adalah pengecut,” tegas Dr Mahathir.

Menurut beliau, dalam urusan rasuah kedua-dua pemberi dan penerima adalah bersalah.

Memetik catatan blog Corporate Untold pada 8 Januari 2024 bertajuk “Tukar Kerajaan: Tengku Zafrul dalang PN dan Tun M Cuba Rasuah YDPA RM1Bilion sebelum 31 Januari”.

Blog itu mendakwa kononnya Kali ini Perikatan Nasional (PN) dan Tun Dr Mahathir melalui Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang rapat dengan Yang DiPertuan Agong  didakwa cuba untuk merasuah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebanyak RM1 bilion berbaki lebih kurang dua minggu sebelum tempoh YDPA berakhir 31 Januari ini untuk merampas kerajaan ketika ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan mengetuai cubaan memberi rasuah kepada YDPA namun ramai tidak tahu Tengku Zafrul mendalangi dari dalam bagi usaha pemberian dana dan akses kepada YDPA, tulis blog berkenaan.

Justeru, Dr Mahathir membangkitkan persoalan
“Adakah penulis mencadangkan agar Agong ditangkap kerana menerima rasuah? Adakah beliau mempunyai bukti bahawa Agong mengambil 1 bilion Ringgit daripada saya? Soalnya.

“Sila juga buktikan bahawa saya mempunyai wang.

“Seperti yang semua orang tahu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pernah berkata saya ada berbilion Ringgit. Diminta tunjukkan bukti saya ada duit, sampai sekarang dia belum dapat buktikan saya ada duit.

“Sekarang kenyataan bahawa saya merasuah Agong dengan 1 bilion bermakna saya ada wang.

“Jika Anwar tidak dapat membuktikannya sehingga kini mungkin pencetus kenyataan itu harus menunjukkan kepada Anwar bahawa saya mempunyai wang untuk merasuah,” katanya.

Tambah beliau, dalam satu nota lain setiausaha politik Anwar telah membuat laporan bahawa bercakap tentang penyingkiran PM harus diharamkan.

“Kita tidak boleh bercakap tentang 3R. Kita tidak boleh mempolitikkan bajet.

“Sekarang kita tidak boleh bercakap tentang penggulingan PM.

“Jadi tiada siapa boleh bercakap tentang apa-apa. Dan inilah Kerajaan yang dipimpin oleh seorang lelaki yang sebelum ini bercakap tentang reformasi, tentang kebebasan,” bidasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat