90 gambar, 3 video lucah dalam telefon bimbit Ebit Lew

- Advertisement -

TENOM – Mahkamah diberitahu sebanyak 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew.

Menurut Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chan Ching, terdapat gambar dan video berunsur seksual seperti menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain.

Chan Ching mendedahkan perkara itu dalam keterangannya di Mahkamah Tenom, hari ini.

Dalam pemeriksaan utama yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria meminta Chang Ching memberitahu mahkamah hasil analisis beliau terhadap pemacu kilat yang mengandungi fail yang diekstrak daripada telefon bimbit tersebut.

Chang Ching memberitahu mahkamah bahawa telefon bimbit itu telah didaftarkan atau digunakan oleh penama yang mendaftar masuk menggunakan e-mel [email protected] berserta dua nombor telefon.

“Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Chang Ching kemudian memberitahu mahkamah terdapat 17 keping gambar kemaluan lelaki yang ditemui daripada 90 gambar tersebut.

Beliau turut memberitahu mahkamah ada tiga gambar serupa dengan gambar bahan bukti yang dikemukakan dalam sesi perbicaraan sebelum ini.

Dalam mahkamah itu juga, Chang Ching diminta menjelaskan mengenai fail kedua iaitu laporan analisis daripada LGMS terhadap telefon bimbit Samsung dan kandungan laporan iaitu berdasarkan carian kata kunci terhadap nombor telefon Ebit dan pengadu.

Bagaimanapun, Chang Ching berkata, tiada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai.

Sehubungan itu, beliau diminta menjelaskan kemungkinan tiada mesej perbualan antara nombor telefon pengadu dengan pemilik telefon tersebut.

“Kemungkinan tiada mesej perbualan bermaksud telah dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.

“Oleh itu, data yang dikeluarkan didapati tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara kedua-dua telefon tersebut,” katanya.

Beliau juga memaklumkan selepas selesai menganalisis barang kes tersebut ia disimpan ke dalam almari besi sementara menunggu pegawai penyiasat mengambilnya pada 10 Januari 2023.

Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, diwakili barisan peguamnya iaitu Datuk Ram Singh, Timothy Daut dan Chen Wen Jye, manakala pendakwaan dikendalikan Zahida, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin serta Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat