20 Pelajar Dianugerahkan Biasiswa Bernilai RM3 Juta dari TYMBA Education

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2024 – Selaras dengan matlamat Malaysia untuk mencapai 60,000 akauntan menjelang 2030, seramai 20 pelajar sekolah menengah telah dianugerahkan biasiswa perakaunan yang bernilai RM3 juta. Para pelajar ini telah meraih pencapaian cemerlang dalam Cabaran Kuiz Perakaunan Kebangsaan (NAQC) 2023 yang dianjurkan oleh TYMBA Education, berlangsung dari 9 hingga 17 Disember 2023.

Sejak penubuhannya pada tahun 2021, TYMBA telah menganjurkan NAQC dalam usaha untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak muda supaya menceburi bidang perakaunan sebagai kerjaya. Kuiz ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terutamanya golongan Bumiputera untuk mempamerkan pemahaman, kepakaran dan kemahiran mereka dalam bidang perakaunan.

Kuiz ini mengandungi soalan-soalan bertaraf SPM, mencakupi beberapa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diinspirasikan daripada Association of Chartered Certified Accountants(ACCA) dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) bagi menilai kebolehan dan kemahiran peserta dalam bidang perakaunan. Sehingga kini, NAQC telah mengumpul sebanyak RM1.8 juta biasiswa daripada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) .

“Matlamat kami adalah untuk membentuk landasan yang jelas bagi semua bakat perakaunan di Malaysia untuk memiliki akses kepada pendidikan khusus perakaunan profesional sekaligus membentuk kerjaya yang cemerlang,” kata Airil Razali, Ketua Pegawai Eksekutif TYMBA. “Bagi NAQC 2023, kami menyaksikan seramai 3,500 pelajar mengambil bahagian dalam acara kuiz ini, jelas menunjukkan terdapat minat yang tinggi terhadap bidang perakaunan. Melalui platform ini, harapan kami agar bakat-bakat muda untuk terus menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan perakaunan. Ringkasnya, bakat-bakat muda ini berkembang maju ke arah kecemerlangan berterusan dalam bidang perakaunan profesional.”

Sebagai pusat perakaunan profesional bertaraf global, TYMBA komited untuk melahirkan lebih ramai Akauntan Bertauliah yang berkualiti dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran penting untuk berhadapan dengan persekitaran industri yang sentiasa berubah dan mencabar. Sehingga kini, TYMBA telah berjaya membantu lebih daripada 3,000 pelajar lulus peperiksaan mereka dengan menyediakan latihan yang berkualiti dan tutor yang berkemahiran tinggi. 

Kejayaan ini telah menghasilkan pengiktirafan global termasuk pengiktirafan sebagai Approved Learning Partner  (ALP) oleh ACCA, Partner in Learning (ICAEW), dan Tuition Solution Associate Provider (BPP). Komitmen TYMBA terhadap aspek pendidikan yang disokong oleh kerjasama daripada pasukan penyelerasan, berperanan penting dalam menjayakan usaha ini. TYMBA berkongsi objektif yang selari dengan ACCA dan ICAEW untuk membina generasi akauntan bertauliah dan pemimpin perniagaan masa hadapan.

“Komitmen TYMBA terhadap aspek pendidikan dan usaha luar biasa pasukan penyelarasan telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan inisiatif ini. Bersama-sama, kami berkongsi matlamat yang sama untuk menyediakan generasi akauntan dan pemimpin perniagaan yang akan datang. Dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan oleh TYMBA dalam mencapai visi bersama ini amat kami hargai,” kata Raymond Chang, Pengurus Pembangunan Perniagaan ACCA untuk Pendidikan.

“Selaras dengan asas strategik ICAEW untuk meningkatkan keyakinan dalam profesion dan menyokong pertumbuhan bakat dan kepelbagaian, kami amat berbesar hati dalam menyokong inisiatif yang mempromosikan minat dan kesedaran tentang peranan penting aspek kepakaran perniagaan, perakaunan, dan kewangan dalam memajukan ekonomi yang mantap,” tambah Puan Shenola Gonzales, Ketua Malaysia bagi ICAEW. “Kami berasa teruja dapat mengambil bahagian dalam  usaha TYMBA bagi melatih lebih ramai pelajar ICAEW, terutamanya menyumbang kepada pertumbuhan profesional Bumiputera dan akauntan bertauliah di Malaysia dan sekitarnya.”

Dalam merangka hala tuju masa hadapan, TYMBA tetap teguh dalam komitmennya untuk memupuk bakat perakaunan pada masa akan datang.  Melalui aktiviti seperti NAQC, TYMBA kekal komited untuk memberi peluang kepada bakat-bakat perakaunan muda daripada setiap sekolah di seluruh negara sebuah platform yang berdaya saing dan teguh. Sehubungan dengan itu, hal ini juga dapat mempersiapkan mereka sebagai pelapis pemimpin masa hadapan dalam bidang perakaunan. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat