Wujudkan Kerajaan Perpaduan Sabah – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor digesa supaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah melibatkan semua parti politik di negeri itu.

Ketua Umno Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah.

“Saya yakin dan percaya melalui Kerajaan Perpaduan ini ianya mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik Negeri Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri, Hajiji dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Perdana Menteri ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” jelas Bung Moktar dalam kenyataan media awal pagi tadi.

Sementara itu, tambah beliau lagi berhubung Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pada 10 Januari 2023, sebahagian besar ADUN Umno Sabah tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU)

“Walaubagaimanapun, saya bersama ADUN Umno Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-undang (RUU) Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga DUN Sabah ke-16 pada hari ini,” ujar ADUN Lamag itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat