Warisan Tak Hadir Sidang DUN Sabah Selagi Kerajaan Perpaduan Tidak Dibentuk – Shafie

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat dari Parti Warisan tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini sebagai satu gesaan untuk menyegerakan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan seperti yang disaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan ketidakhadiran ADUN Warisan pada Sidang DUN itu menuntut pembentukan Kerajaan Perpaduan Sabah secepat mungkin.

“Ketidakhadiran kami (Warisan) pada Sidang DUN hari ini adalah atas sebab perlunya untuk penubuhan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah seperti yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri,” tegasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Shafie, selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 9 Januari 2023, beliau dan ADUN Parti Warisan menyokong saranan Anwar bagi pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir Negeri Sabah.

“Saya bersama ADUN Parti Warisan juga menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentang hari ini selaras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dengan sepenuhnya.

“Saya yakin kedua-dua RUU ini akan mendapat kelulusan kerana hanya memerlukan majoriti mudah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat