PM restu Hajiji terus kemudi Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus memimpin Sabah.

Menurut Anwar beliau mahu keadaan di Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji selain turut memberi ruang untuk berbincang kepada pimpinan Sabah lain bagi mencari formula terbaik demi kebaikan negeri itu.

“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri Hajiji dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sei Ahmad Zahid Hamidi kerana kita mahu keadaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

“Saya memberi restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya selepas menemui pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kediaman rasmi Hajiji di Sri Gaya, di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, satu Rang Undang-undang (RUU) penting yang disyorkan beliau bersama Jemaah Menteri untuk mengembalikan hak Sabah akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Sidang khas DUN itu bagi meluluskan dua enakmen berkaitan pengurusan gas dan penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah.

Kemelut politik di Sabah bermula selepas Pengerusi Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik balik sokongan parti itu kepada Hajiji.

Bagaimanapun, lima Adun BN tidak menuruti kehendaki parti, sebaliknya mereka menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Kelmarin, Hajiji mengumumkan memiliki sokongan 44 daripada 79 ADUN untuk terus menerajui Sabah, menerusi akuan bersumpah yang diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat