Elak kontroversi, fokus projek luar negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Meerqeen, 22, terus akan memberikan yang terbaik dalam karier apabila bakal tampil dengan beberapa projek di luar negara kelak.

Menyifatkan tahun 2022 sebagai tahun yang penuh sukses, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini memberitahu dia akan fokus dalam karier lakonannya.

“Kalau tahun lepas kira macam tahun saya tetapi tahun ini orang cakap ‘I will be more confident, I will make more’. Saya mahu cakap, setiap tahun adalah tahun saya.

“Banyak projek lagi yang akan dijalankan dan akan dikeluarkan tahun ini. Ada beberapa projek di Indonesia, Thailand dan Filipina tetapi saya tak mahu berkongsi lagi.

“Saya banyak juga kerja di luar, saya perlu stabilkan dan susun baik-baik jadual saya. Semua dalam perancangan lagi.

“Saya akan fokus pada lakonan sahaja, karier saya membesar dari lakonan juga. Tiada siapa yang boleh halang saya, tiada siapa boleh arahkan saya buat itu buat ini kerana kasih sayang saya dekat situ. Saya hanya fokus pada lakonan sampai bila-bila,” katanya.

Meerqeen ditemui pada Malam Kemuncak Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM), malam tadi.

Mengambil iktibar daripada beberapa kontroversi tahun lalu, Meerqeen berkata dia tekad tinggalkan episod panas dan terus mengorak dengan lebih cemerlang serta mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya.

“Itu ‘lesson learn’ untuk saya, apa yang buruk tahun lalu kita tinggalkan sama ada orang nampak ataupun tidak, yang saya tahu, yang orang tak tahu, Meerqeen akan tinggalkan.

“Saya ambil sinar tahun lalu dan bawakan ke tahun ini. Meerqeen akan menyinar tahun ini. Insya-Allah.

“Biasalah, bila seseorang berada di satu pentas yang orang lain inginkan, selalu ada penghalang dan haters yang akan menjatuhkan. ‘I know myself, I know my strength, my weakness also’,” katanya. – XTRA

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat