Keabsahan Institusi Presiden UMNO Perlu Diperbaharui – Pemuda UMNO

- Advertisement -

SEREMBAN: ‘UMNO bukan milik Presiden dan jawatan Presiden bukan milik individu.’ kata ahli Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Fahmy Dahlan.

Fahmy dalam catatan Facebooknya berkata lagi, keabsahan Institusi Presiden perlu diperbaharui kerana 26 kerusi yang hanya dimenangi UMNO pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah signal jelas tuntutan orang Melayu ingin melihat nafas baharu dan semangat UMNO kembali pada perjuangan ABATA.

“UMNO bukan milik Presiden dan jawatan Presiden bukan milik individu. UMNO untuk orang Melayu dan Institusi Presiden penaung kelangsungan bangsa.

”26 kerusi UMNO adalah signal jelas tuntutan orang Melayu ingin melihat nafas baharu dan semangat UMNO kembali pada perjuangan ABATA.

”Parti keramat ini mahu jadi apa? Kalau pemimpin di atas selesa menjadi minoriti. Sedangkan akar umbi berterusan meninggalkan parti.” soalnya.

Ujarnya lagi, beliau tidak mahu melihat UMNO pupus dan tinggal nama kerana jasa. Bak kata perumpamaan ‘Pagar, pagar makan padi’.

Katanya lagi, sokongan orang Melayu perlu dipulihkan. Mandat akar umbi perlu dipulangkan bagi mempastikan keabsahan Presiden UMNO dapat dibuktikan.

“Jangan sampai UMNO pupus di tangan kita. Tinggal nama kerana jasa. Sedangkan amanah bangsa menjadi nadi. Jangan kita digelar pagar, pagar makan padi.

”Sokongan orang Melayu perlu dipulihkan. Mandat akar umbi perlu dipulangkan. Bukan bermaksud DS Zahid dikorbankan. Tetapi kepercayaan pemimpin perlu dibuktikan.

“Pemilihan parti bukanlah permusuhan tetapi bukti perjuangan. Bukan berkerat rotan berpatah arang. Cuma adat yang menang kelak dihormati, dan yang kalah setia berbakti. Inilah jalan kestabilan yang dinanti.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat