PR1MA Salur Bantuan Banjir Bernilai 900 Ribu Ringgit Ke Kelantan Dan Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyalurkan bantuan keperluan asas bernilai RM 900 ribu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini merupakan usaha yang baik dilakukan oleh PR1MA dalam meringankan beban mereka pasca banjir yang berlaku baru baru ini.

“ Sebagaimana yang kita lihat konvoi akan menghantar tujuh ribu keperluan yang merupakan seribu starter kit food, seribu kit banjir, seribu food pack, seribu tilam queen size, seribu kain pelikat, seribu telekung, seribu set bag sekolah, dan juga kelengkapan untuk membersih lapan ratus water jet, mop, penolak air, paip getah, baldi, cangkul, penyapu plastik, sarung tangan. Bermaksud seribu set dan 7 barang barang.

“Dan sebanyak lapan ratus set serta sembilan barang kelengkapan membersih oleh PR1MA untuk hantar ke Kelantan dan Terengganu,”

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Konvoi Sumbangan Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini.

Selain itu beliau berharap agar lebih banyak lagi agensi yang mempunyai keupayaan dapat membantu melalui usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Saya pada hujung minggu Disember lepas pergi ke 4 lokasi, 2 di Kelantan dan 2 di Terengganu bersama dengan satu syarikat menteri kewangan.

“Hari ini tiba giliran PR1MA untuk membantu. Walaupun banjir telah surut tetapi kesan tetap ada dan bantuan makanan dan keperluan asas diberikan adalah usaha yang sangat baik.

“Saya menyeru GLC, agensi agensi, meneruskan usaha bantu rakyat tak kira di mana mereka berada,” katanya.

Untuk rekod sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu susulan banjir yang melanda negeri itu.

Bantuan itu masing-masing RM50 juta diberikan kepada Kelantan dan Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat