Tolak Jadi Duta Ke Switzerland Kerana Perlu Lepaskan Jawatan Ahli Parlimen – Nazri

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Padang Rengas dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menjelaskan beliau menolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Memetik laporan Awani, Nazri berkata, beliau memutuskan untuk kekal sebagai Ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan beliau itu sekaligus menyanggah dakwaan seorang penulis blog, Hussein Hamid yang memberi gambaran seolah-olah pihak Kementerian Luar tidak menyokong pelantikannya.

“Penulis blog ini bodoh. Dia tidak tahu apa-apa. Wisma Putra yang menghantar nama saya kepada kerajaan Switzerland, macam mana pula dia kata tidak sokong pelantikan saya?

“Yang buatkan saya tolak disebabkan saya perlu lepaskan jawatan Ahli Parlimen jika mahu jadi duta ke Switzerland. Itu syarat yang diberikan, tidak boleh mana-mana ahli Parlimen yang masih berkhidmat.

“Kalau saya mahu jadi duta, saya kena letak jawatan ahli Parlimen. Mana boleh ketika ini Perdana Menteri dan kerajaan perlukan sokongan.

“Saya tak mahu jadi individu yang hanya nak lepaskan diri sendiri tetapi biarkan kerajaan dan Perdana Menteri terumbang-ambing,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Selain itu, Nazri juga menafikan dakwaan penulis blog tersebut bahawa pencalonan beliau ditolak kerana dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sebab itu saya kata dia bodoh. Dia fikir dia tahu segala-galanya sebaliknya tidak. 1MDB ini dah lebih tiga tahun kes dibuka. Kalau saya terlibat tentulah saya dipanggil untuk beri keterangan kepada SPRM dan polis.

“Tetapi perkara itu tidak berlaku. Jadi penulis blog ini tidak ada modal nak tulis, buat lah cerita tidak betul dan cuba nak laga-lagakan Wisma Putra dengan ahli Parlimen.

“Saya tidak kisah kalau orang tidak suka saya dan nak komen kerana mereka ini bukan orang yang memberi undi di kawasan saya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat