MB masih pantau keperluan untuk adakan PRN Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk I.r. Hasni Mohammad memaklumkan beliau tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Hasni berkata Kerajaan Johor masih memantau dan melihat keadaan semasa berhubung keperluan untuk mengadakan PRN.

“Saya masih berpendapat bahawa saya perlu lihat keadaan apabila kerajaan negeri hanya ada satu majoriti, walaupun ramai suka jadi nombor satu, tetapi Johor tidak suka istilah itu (kelebihan hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN)).

“Kalau ada pihak yang mengatakan bila hendak PRN, ataupun ada kemungkinan sudah ada tarikh untuk Pilihan Raya Kecil atau PRN, seingat saya, sebagai menteri besar tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan selain daripada melihat dan meninjau kemungkinan apabila Johor hanya ada satu majoriti sahaja,” katanya memetik Bernama di Johor Bahru malam tadi.

Hasni berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa PRN akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang juga ADUN Benut itu turut menjelaskan setakat ini, sokongan daripada rakan-rakan gabungan dalam kerajaan negeri juga tidak berbangkit.

Johor mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN susulan kematian Adun Kempas Datuk Osman Sapian pada 21 Dis tahun lepas.

Kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat