Sahabat Alam Gesa Kedah Ambil Tindakan Terhadap Aktiviti Kuari Di Gunung Inas

- Advertisement -

ALOR SETAR – Sahabat Alam Sik menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan segera berhubung aktiviti kuari di Gunung Inas, Baling.

Penasihat Sahabat Alam Sik, Mohd Sobri Ramlee berkata, sekiranya kerajaan negeri membiarkan projek kuari itu diteruskan, penduduk dari enam kampung berdekatan berkemungkinan menerima bekalan air tercemar untuk kegunaan harian kerana lokasi kuari berkenaan hanya kira-kira satu kilometer dari punca air yang digunakan oleh penduduk kampung.

“Jadi, kalau kuari ini diteruskan, sudah pasti ia akan menjejaskan kualiti sumber air terbabit selain kemungkinan besar sumber air itu menjadi kering,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurutnya, pihaknya juga musykil kerana terdapat laluan-laluan baru di kawasan itu.

Mohd Sobri yang juga Penasihat Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Cawangan Kedah berkata, lokasi punca air itu adalah yang terakhir di gunung terbabit.

“Kolam tadahan air yang penduduk bina juga sangat sistematik dengan kedalaman 10 kaki, mempunyai bumbung dan didaftarkan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sejak 1981,” katanya.

Pada Ahad, penduduk dari enam kampung di Kupang gusar projek kuari batu yang dijalankan di Gunung Inas akan menjejaskan bekalan air bersih ke perkampungan mereka.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Kemangi, Kampung KEDA Kemangi, Kampung Kuala Kuang, Kampung Padang Lengkuas, Kampung Bendang Baru dan Kampung Padang Dan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat