ATM hantar murid naik bot tempur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menghantar 26 pelajar dari Kampung Bemban, Jelebu Negeri Sembilan ke sekolah menggunakan bot tempur.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu kesemua pelajar itu terputus hubungan untuk ke sekolah kerana jambatan yang menghubungkan kampung dan sekolah runtuh akibat banjir.

“Sekolah dah mula hari ini dan semalam.26 pelajar dari Kampung Bemban tidak dapat ke sekolah guna jalan biasa kerana jambatan runtuh ekoran banjir baru-baru ini.

“Mereka naik bot tempur ATM. Keselamatan dijaga rapi sepanjang perjalanan oleh anggota Tentera Darat dari 15 RAMD Kem Senawang,” kata Hishammuddin.

Dalam masa sama beliau berkata, anggota Markas Askar Jurutera 3 Divisyen telah diaturgerak bagi membantu membina jambatan bailey.

“InsyaAllah, ATM akan terus bantu semua pelajar ini hingga jalan darat kembali dapat digunakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat