8,257 rumah terjejas banjir bakal diselenggara

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, membabitkan 8,257 rumah yang dikesan terjejas banjir luar biasa pada Disember, tahun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menjelaskan perangkaan itu tidak statik sebaliknya boleh berubah mengikut perkembangan keadaan semasa berikutan sesetengah kawasan masih dilanda banjir.

Berdasarkan jumlah sedia ada, katanya, sebanyak 8,139 adalah rumah yang akan dibaik pulih, manakala 118 lagi untuk pembinaan baharu.

“Fasa pertama inisiatif ini membabitkan pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di peringkat daerah, penyelarasan data di peringkat negeri oleh kerajaan negeri dan maklumat rakyat terkesan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebagai pusat data utama mangsa banjir.

“Fasa kedua pula merangkumi proses pemeriksaan, penilaian dan pengesahan data, membabitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kerajaan negeri.

“Fasa ketiga adalah kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudian akan dilaporkan semula kepada ICU,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat