PM Lawat Mangsa Banjir Di Pahang

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....

TEMERLOH: Sebalik musibah banjir yang melanda Pahang, mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada pemimpin tertinggi negara, yang menyantuni mereka hari ini.

Kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh di sini dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor di Maran, memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan itu.

Perdana Menteri yang tiba di SMK Seberang Temerloh pada pukul 10 pagi menggunakan helikopter dan disambut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, meluangkan masa 40 minit melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah itu.

Perdana Menteri kemudian diberikan taklimat pengurusan bencana banjir di dua daerah yang dilawati itu. Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir, menyantuni warga emas dan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mereka.

Selain itu, beliau turut membuat tinjauan di kawasan sekitar untuk melihat kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir, di pusat pemindahan di SMK Seberang Temeroh itu yang menempatkan 873 orang daripada 204 keluarga, setakat 12 tengah hari ini.

Di Chenor, Maran, dalan lawatan ke PPS SM Tengku Ampuan Afzan di sini, Muhyiddin turut mendengar pembentangan laporan situasi banjir bagi daerah Maran.

Dalam pembentangan itu, Perdana Menteri memberi penekanan mengenai keperluan pengurusan mangsa dalam pasca banjir, khususnya berkaitan hal membantu mangsa yang mengalami kerosakan rumah selain kerosakan infrastruktur awam.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, mahukan bantuan makanan diteruskan sehingga tempoh tertentu kepada mangsa banjir, selepas mereka pulang ke rumah.

Pada lawatan itu, beliau turut menyantuni mangsa banjir di sini, yang kini menjadi tempat pelindungan kepada 173 individu dari 53 keluarga yang terjejas akibat banjir dan dilihat menenangkan beberapa mangsa banjir yang sebak, ketika menceritakan keadaan mereka yang terkesan akibat musibah itu.

Perdana Menteri turut memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada mangsa, selain memberi jaminan kerajaan akan membantu mereka dalam menghadapi pasca bencana itu.

Sehingga tengah hari ini, sebanyak 40 PPS dibuka di daerah Maran melibatkan 3,605 mangsa daripada 1,134 keluarga.

Perdana Menteri meninggalkan pusat penempatan itu pada 12 tengah hari dan pulang ke Kuala Lumpur menggunakan helikopter.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...