Banjir: Ranhill SAJ Hantar Bantuan Air Bersih Ke Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dengan situasi banjir di Pahang yang teruk, Syarikat Air Johor Ranhill SAJ menghantar bantuan 3 buah lori tangki air di Pahang.

Melalui kenyataan Facebook Ranhill SAJ, atas semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bantuan tersebut adalah bagi membantu mangsa-mangsa banjir mendapat bekalan air bersih di Maran Pahang.

Terdahulu,Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) melalui kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, PAIP terpaksa menutup 26 loji rawatan air seluruh Pahang dan menyebabkan hampir 40 peratus bekalan air satu Pahang telah terjejas.

Katanya, beliau sendiri telah meminta bantuan dari syarikat air negeri lain untuk memberi bantuan air bersih kepada kawasan-kawasan yang terlibat banjir yang teruk semenjak beberapa hari lepas.

“Sebanyak 22 lori tangki air dari Johor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang dan NGO membantu unit tanker PAIP yang sedia ada sebanyak 30 unit yang sedia ada.

“Sumbangan tangki statik dan mineral water juga turun, pembelian kecemasan juga terpaksa dilakukan,

“Oleh kerana banjir dan banyak tutup, PAIP terpaksa siapkan beberapa Regional Command Centres kerana ‘very fluid dan dynamic'”, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat