Mustapa Mohamed Positif Covid-19 – Pejabat Menteri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam semalam.

Menurut Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.30 malam semalam untuk pemantauan dan keadaan beliau buat masa ini adalah stabil.

“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.

“Pada 1 Januari 2021 beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan berharap semua pihak berdoa kepada Allah SWT bagi memudahkan urusan kita semua. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat