Hilang Majoriti, Muhyiddin Digesa Mengadap Agong

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mengadap YDP Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah setelah Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad dari UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri semalam.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim setelah melihat perkembangan terkini sokongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kini berjumlah 110 orang sahaja.

“Dalam keadaan ini Perdana Menteri hilang majoriti di Dewan Rakyat dan kerajaan PN tumbang.

“Berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Dewan Rakyat ada 222 orang yang dipilih melalui pilihanraya. Dua orang Ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak. Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat bagi penggal parlimen ke-14 tinggal 220 orang.Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh itu sekarang, menjadikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti di Dewan Rakyat,” kata kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang tersebut.

Hassan dalam kenyataan berkata, Sepanjang 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Kerajaan PN, beliau telah mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. Malah usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh ahli parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.

“Perkara yang paling hampir yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ialah melalui pengundian semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2021 di Dewan Rakyat,

“Undi yang paling tinggi dicapai oleh Kerajaan PN yang menyokong Belanjawan tersebut diperolehi pada 15hb, Disember 2020 semasa pengundian belah bagi bacaan ketiga Belanjawaan 2021 tersebut. Kerajaan PN mendapat 111 undi manakala pembangkang mendapat 108 undi. 111 undi yang diperolehi oleh Kerajaan PN ketika itu adalah termasuk sokongan dari Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan,” ujar beliau lagi.

Dalam keadaan ini, beliau menggesa Perdana Menteri merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Terdahulu, Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media lewat petang semalam.

Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat