DUN Sabah maklum kepada SPR kekosongan luar jangka DUN N58 Lamag

KUALA LUMPUR – Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah bahawa Adun Lamag Datuk Seri Moktar Radin telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 5 Disember 2025.

Justeru katanya, pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menyerahkan kepada SPR Sabah untuk tindakan selanjutnya atas kekosongan luar jangka kerusi DUN N.58 Lamag.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah, saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 9 Disember 2025 kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah bahawa Datuk Seri Panglima Moktar Radin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 5 Disember 2025.

“Di kesempatan ini, bagi pihak DUN Sabah, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Yang Berhormat Datuk Seri Moktar Radin, dan mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh di sisi Allah SWT,” ucapnya.

Awal hari ini media di Sabah melaporkan, proses pemakluman kekosongan kerusi DUN Lamag kepada SPR belum dibuat kerana tumpuan ketika ini diberikan kepada Sidang Bajet 2026 serta upacara angkat sumpah ADUN baharu.

Speaker DUN Sabah itu berkata, tiada keperluan untuk tergesa-gesa mengenai pemakluman tersebut memandangkan pihaknya sedang menyelesaikan urusan berkaitan perjalanan Dewan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) berlangsung baru-baru ini.

Pada 5 Dis lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Bung Moktar, 66, yang juga ADUN Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat