UMNO pecat Annuar Musa, isteri Shahidan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tan Sri Annuar Musa dan isteri kepada Datuk Seri Shahidan Kassim difahamkan antara yang dipecat UMNO dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Seorang lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

BH yang memetik sumber melaporkan, ketiga-tiga pemimpin UMNO bahagian itu dipecat atas pelbagai faktor antaranya mengkritik kepimpinan parti dan menyokong parti lawan.

Mereka yang dipecat ialah Annuar yang merupakan Ketua UMNO bahagian Ketereh, Isteri Shahidan, Datuk Seri Shamsiah Yasin, Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Ketua UMNO bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Annuar pula sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, hal pemecatan itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn selepas mesyuarat selesai, malam tadi.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Presiden UMNO agak tegas berkenaan isu disiplin.

Katanya, Ahmad Zahid menegaskan tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada UMNO, Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu akhirnya mempertahankan kerusi mereka selepas bertanding pada PRU15 menggunakan logo PN.

Suarra.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat