Saya Ditarik Keluar Dari Api Membakar – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan sudah dipecat oleh partinya, Umno.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas namun, Annuar memberi gambaran beliau kini sudah tidak berada dalam Umno, yang dipotretkan olehnya sebagai rumah yang sedang terbakar melalui satu hantaran di Facebook.

“Malam Jumaat,saya bermimpi Rumah Pusaka saya diami terbakar. Saya syak ada main *switch* dah *short circuit* atau wayarnya terputus. Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yg terbakar, atau dibakar, wallahukalam.

“Saya sayang rumah itu, saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari. Ketika api masih marak, dan ramai yg terus lari meninggalkan rumah, tiba tiba saya ditarik keluar dari api yg membakar.

“Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu antara pemimpin UMNO yang dipercayai dipecat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Menurut sumber yang dipetik oleh beberapa akhbar, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam mesyuarat tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Zakarshi mengesahkan pemecatan tiga individu dalam parti itu namun, beliau tidak menamakan ketiga-tiga individu berkenaan.

Menurut Puad, mereka dipecat kerana mencemuh parti dan berkempen bagi pihak lawan selain didakwa mendedahkan hasil mesyuarat MKT kepada pihak luar parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat