123 Pelajar Luar Bandar Sertai Bengkel Robotik YBR

- Advertisement -

SEBUYAU – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik bagi 123 pelajar B40 di Sarawak.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata dalam memacu negara kearah modenisasi, bidang inovasi harus diberi pendedahan yang berterusan demi kelangsungan tenaga mahir yang merupakan aset kepada sebuah negara maju.

“Program ini diadakan untuk membantu pelajar membina pemikiran logik dan sistematik dalam merancang dan melaksanakan program serta direka untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar melalui pra dan pasca intervensi melalui penggunaan pemprograman robotik.

“Diharapkan program ini memberi impak yang tinggi kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar luar bandar dan dikalangan B40 dalam mendapatkan pengalaman, menggunakan pengetahuan mengenai robotik dengan teknologi semasa serta membuka minda pelajar mengenai kepentingan dan mengembangkan minat dalam pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics),” katanya di Dewan Masyarakat Sebayau hari ini.

Jelasnya, program ini turut melibatkan 22 orang guru serta 3 fasilitator dari UKM yang akan membantu setiap peserta memahami, kreativiti, bekerjasama dan melatih pelajar untuk sentiasa berfikiran kritikal dalam membuat sesuatu keputusan.

Program yang berlangsung dari 5 sehingga 26 Disember 2022 itu merupakan inisiatif YBR untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dikalangan pelajar luar bandar serta menjayakan hasrat kerajaan untuk melihat STEM berkembang pesat di Malaysia.

“Bagi para pelajar yang menyertai program ini, mereka merasakan pertandingan ini secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk menghasilkan perisian pintar, menguji pengetahuan berhubung sistem robotik serta menonjolkan bakat.

“Melalui program ini juga membolehkan mereka bertemu dan berkawan dengan lebih ramai pelajar lain serta berkongsi ilmu pengetahuan,” katanya.

Majlis Pelancaran Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik bagi Pelajar B40 di Sarawak ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan daerah Simunjan, Hasbi Ancheh.

Turut hadir Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Universiti Kebangsaan Malaysia Merangkap Pengurus Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik Pelajar B40 Sarawak, Prof. Madya Dr. Nazrul Anuar Nayan dan Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebuyau, Hasan Jamil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat