PH Boleh Dipercayai Jika UMNO Tak Nak Rakan Khianat, Perangkap Samar – Khalid Samad

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, jika UMNO mencari rakan seperjuangan yang boleh dipercayai dan tidak bertindak khianat, ianya boleh dicari menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, PH memiliki integriti dan tiada di kalangan mereka yang memasang perangkap samar atau melompat mengkhianati rakan sepakatan.

“Tragedi Langkah Perak. UMNO 25, Geng Peja 10, PH 24.

“UMNO nak cari rakan yang boleh dipercayai, takkan lompat, khianat atau memasang perangkap samar..

“Di dunia politik penuh khianat, hanya PH boleh dipercayai dan penuh integriti. Fakta ini tak boleh dinafi,” katanya, dipetik dari status beliau di Twitter hari ini.

Khalid berkata demikian, merujuk kepada krisis politik Perak yang tercetus pada 4 Disember lalu yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal meraih sokongan undi percaya daripada Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Dalam pengundian usul percaya itu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hanya mendapat sokongan daripada 10 Adun, sementara 48 lagi Adun menolak usul itu dan satu undi rosak direkodkan.

Terdahulu, kira-kira sebulan sebelum berlaku krisis politik Perak itu, pemimpin UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Ahmad Faizal mengenai risiko tindakan mengumpan wakil rakyat parti rakan dan betapa pentingnya menghormati semangat setiakawan.

“Kami tahu beberapa Adun yang bukan ketua bahagian cuba didekati untuk mereka melompat dan menjadi ketua di bahagian masing-masing.

“Kami sudah jelaskan melalui utusan, jika mana-mana orang UMNO melompat ke parti lain atau diterima PPBM, kami semua akan menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) di Perak dengan segera,” lapor portal FMT, yang memetik kenyataan seorang pemimpin UMNO negeri itu, pada 20 Oktober lalu.

Krisis tersebut secara rasminya berakhir hari ini selepas ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan PN Perak, UMNO, PAS dan Bersatu, mencapai persetujuan untuk mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat