SPRM buka pejabat cawangan baharu di Manjung

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

MANJUNG – Menyedari akan potensi pembangunan dan ekonomi daerah Manjung, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama-sama dengan masyarakat bagi memastikan pembangunan sedia ada dan dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar, tanpa sebarang elemen rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Pejabat Cawangan Baharu SPRM di Lot 265, Jalan Dato Ahmad Yunus, 32000 Sitiawan dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Indera Junipah Wandi, dan Pengarah SPRM Perak, Dato’ Ahmad Sabri Mohamed.

Norazlan berkata, pembukaan pejabat itu adalah hasil daripada kajian pengukuhan organisasi SPRM yang dilaksanakan pada 2022, turut melibatkan pengukuhan cawangan daerah di negeri-negeri.

Beliau berkata, bagi tahun ini , maklumat dan aduan rasuah diterima SPRM berkaitan daerah ini ialah sebanyak 23 melebihi kadar purata empat tahun.

“Keseluruhannya, untuk tempoh dari tahun 2020 hingga 31 Oktober 2024, sebanyak 21 Kertas-Kertas Siasatan (10 KS dibuka pada tahun 2024) telah dibuka di mana 11 kes telah dipertuduhkan di mahkamah,” katanya

“Untuk tempoh empat tahun dari 2020 hingga 2023, maklumat dan aduan berkaitan rasuah diterima oleh SPRM berkaitan di daerah ini sebanyak 63 iaitu purata kira-kira 16 maklumat setahun, ”katanya lagi.

Menerusi kenyataan SPRM memaklumkan pembukaan pejabat cawangan baharu di sini, sebagai langkah untuk memperluas perkhidmatan dan mempermudahkan masyarakat setempat untuk berurusan dengan suruhanjaya ini.

Menurutnya, pejabat cawangan ini diketuai oleh Penguasa Sharizal Abdul Rahman yang akan melapor terus kepada Pengarah SPRM Perak.

Bangunan pejabat ini asalnya merupakan Perpustakaan Awam Sitiawan sejak 1990 dan kemudian dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada SPRM Perak pada 5 Jun lalu.

Menurutnya lagi, pejabat ini dilengkapi dengan bilik Ketua Cawangan, ruang kerja pegawai, bilik aduan serta Bilik Gerakan Operasi Siasatan.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat berkaitan rasuah atau penyalahgunaan kuasa boleh hadir ke pejabat ini atau menghubungi talian 019-6001140 – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat