Kifarah itu benar, Dr Akmal beritahu Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengingatkan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar tidak sombong dan meghina orang lain ketika berada di tampuk kuasa.

Beliau mengingatkan bahawa kifarah itu benar.

“Moga dipermudahkan segala urusan Syed Saddiq.

“Pengajaran kepada diri saya sendiri, jangan sombong dan menghina orang lain ketika kita di tampuk kuasa.

“Kerana kifarah itu benar,” tegas Dr Akmal di Facebooknya pada Khamis.

Pada 25 Mei 2019, Syed Saddiq pernag berkata bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak seharusnya meneruskan debat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan Ahli Parlimen Pekan itu adalah seorang pencuri.
Kenyataan itu ditegaskan bekas Menteri Belia dan Sukan yang dilihat menyokong tindakan Kit Siang membuat pusingan U selepas mencabar Najib untuk berdebat.

Hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

Ini susulan keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid yang berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa bersubahat melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta dana milik sayap Angkatan Muda Bersatu (Armada) pada Mac 2020.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat