Ahmad Samsuri pertaruhan PAS di Kemaman?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mungkin dipilih menjadi pertaruhan PAS sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini.

Percaturan PAS menamakan Ahmad Samsuri itu dijangka memberikan kemenangan hebat kepada parti Islam itu memandangkan ketokohan dan khidmat beliau sangat diperlukan di peringkat Pusat.

Pencalonan Naib Presiden PAS yang juga ADUN Ru Rendang diakui bakal menyulitkan pencabar-pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) kelak.

Pun begitu, Menteri Besar Terengganu itu masih berteka-teki mengenai spekulasi beliau bakal dipilih sebagai calon PAS pada PRK Parlimen Kemaman.

Ahmad Samsuri berkata, setakat ini, senarai calon masih belum dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember manakala tarikh penamaan calon pula pada 18 November ini.

Undi awal pula ditetapkan pada 28 November.

PAS dijangka mengumumkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Khamis depan.

Ahmad Samsuri memberitahu, pengumuman akan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan atau pimpinan parti di peringkat negeri di Chukai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat