Ramasamy dah kumpul lebih RM1.52 juta untuk bayar Zakir Naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP, P Ramasamy sudah berjaya mengumpul RM1.52 juta melalui pendanaan awam untuk membantu beliau membayar saman kepada penceramah Dr Zakir Naik seperti yang diarahkan Mahkamah Tinggi.

Ramasamy berkata, setakat jam 11 pagi ini, kutipan dana itu berjaya mengumpul RM1,523,187.83.

“Usaha yang hebat daripada penderma daripada semua bahagian masyarakat. Ini adalah hadiah Deepavali terbaik.

“Buat masa ini sumbangan ini dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu melancarkan kutipan derma selepas Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz pada 2 Nov lalu memutuskan beliau bersalah memfitnah Zakir dalam lima kenyataan yang dibuat antara 2017 hingga 2019.

Ramasamy berkata, beliau akan merayu keputusan itu, dan sekiranya Mahkamah Rayuan menerima rayuannya, wang itu akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Zakir yang juga penduduk tetap negara ini berkata, beliau berhasrat mendermakan semua wang RM1.52 juta kepada Palestin susulan perang di Gaza.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat