Mahkamah putuskan Syed Saddiq bersalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram membabitkan dana Armada berjumlah lebih RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim, Azhar Abdul Hamid berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Presiden Muda dan bekas ahli Parlimen Bersatu itu melampaui keraguan munasabah.

Azhar akan mendengar rayuan Syed Saddiq dan hujahan kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman, lapor FMT pada Khamis.

Syed Saddiq didapati bersalah bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.

Syed Saddiq ketika itu adalah ketua sayap Pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada.

Beliau juga didapati bersalah menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq juga didapati bersalah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru pada 16 hingga 19 Jun 2018.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat