Wajah baharu Jasa belum dimuktamad, pembangkang dah resah tahap maksima- Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang bakal diberi nafas baharu oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum dimuktamad, namun pembangkang sudah mengalami keresahan tahap maksima, dakwa Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu memberitahu, Jasa yang dijenamakan semula itu dijangka akan bermula pada 2021.

“Belum pun lagi kerajaan muktamadkan corak dan struktur ‘new Jasa’ yang dijangka akan bermula hanya tahun depan.

“Pembangkang sudah keresahan tahap maksima,” ciap Annuar di Twitternya, hari ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menegaskan Jasa akan dimanfaatkan oleh kerajaan untuk membalas serangan pembangkang.

“Ia boleh difahami kerana mereka (pembangkang) sudah mula menjangka kerajaan tidak akan berdiam diri dengan segala serangan mereka,” dakwanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat