Hollywood raikan Biden, Kamala

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kemenangan calon Demokrat, Joe Biden pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan dirinya dilantik sebagai Presiden dan mandat yang diberi kepada Kamala Harris sebagai Naib Presiden, disambut baik selebriti Hollywood.

Ramai bintang popular, malah ada antara mereka lantang menentang Donald Trump, menganggap kejatuhan bekas Presiden AS itu sebagai tepat pada masanya, agar negara boleh melangkah ke era baharu.

Antaranya John Legend dan isteri, Chrissy Teigen serta Ricky Martin yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan sanggup berpindah dari AS jika Trumph menang lagi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya untuk Biden atas kemenangan ini. Terima kasih atas integriti dan semangat penyatuan kamu.

“Sebagai anak kelahiran Puerto Rico, saya bangga untuk memberi sokongan pada kempen pilihan raya yang penuh kesukaran ini.

“Buat Kamala, tahniah kerana mencipta kejayaan menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib Presiden AS dan berjuang dengan penuh maruah,” kata Ricky di Twitter.

Penyanyi Pink pula bersyukur dan terharu apabila Biden menang.

Pink yang popular dengan lagu Just Give Me A Reason, lega dengan keputusan itu sambil berharap Presiden dan wakil terpilih bekerja dengan baik.

“Saya tumpang gembira untuk Kamala dan inspirasi yang dibawanya untuk kaum wanita.

 

Lady Gaga yang pernah berkempen untuk Biden, menganggap kejayaan Biden dan Kamala berjaya menunjukkan kepada duana sisi kebaikan dan keberanian sebenar. Foto IG Lady  Gaga
Lady Gaga yang pernah berkempen untuk Biden, menganggap kejayaan Biden dan Kamala berjaya menunjukkan kepada duana sisi kebaikan dan keberanian sebenar. Foto IG Lady Gaga

 

“Negara ini memiliki banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama. Saya yakin kita boleh mencapainya,” katanya melalui Twitter.

Lady Gaga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah untuk pucuk pimpinan baharu AS.

“Biden, Kamala dan rakyat AS, kalian menunjukkan kepada dunia sisi kebaikan dan keberanian sebenar.

“Cinta dan sokongan padu saya untuk Biden dan Kamala yang berjaya masuk ke White House,” katanya.

Bintang legenda, Madonna juga berkongsi keseronokan di laman Twitter dengan menulis status ringkas tetapi bermakna.

“Tuhan merahmati Amerika. Kita berjaya melaluinya,” katanya yang turut berkongsi video berjudul My Victory Dance, I’m On bagi meraikan kejayaan Biden.

Penyanyi Ariana Grande turut meluahkan rasa gembira dengan ucapan ringkas di Twitter.

“Saya menangis atas kejayaan Biden dan Kamala… Syukur,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat