ABPBH 33 : Isteri lobi Haziq Hussni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni bertuah dikurniakan keluarga yang sangat menyokong dirinya dalam apa sahaja perkara dilakukan.

Malah, isteri tercinta, Ayunda Putri Mekarsari dianggap ‘tulang belakang’ hidupnya.

Selain menunaikan tanggungjawab sebagai isteri soleh, Ayunda kuat melobi Haziq yang bersaing dalam kategori Penyampai Radio Popular dan Pengacara TV Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Haziq atau nama sebenar, uhammad Haziq Irfan Mohd Hussni mengaku hidupnya di puncak bahagia sekarang.

“Nikmat apa yang mahu saya dustai lagi? Saya sudah memiliki hampir kesempurnaan yang diidam manusia.

“Mama dan Babah tidak pernah menyekat minat selama ini. Isteri saya sudah tentu menjadi pembakar semangat dan penyokong terbesar dalam setiap langkah ini.

“Isteri nadi kekuatan saya. Dia boleh terima rutin kerja dan masa saya yang tidak menentu.

“Kadang-kadang saya bekerja tujuh hari berturut-turut. Isteri faham, saya perlu bekerja.

 

Haziq bersama isterinya, Ayunda. Foto IG Haziq Hussni
Haziq bersama isterinya, Ayunda. Foto IG Haziq Hussni

 

“Isteri juga faham pengorbanan saya. Malah, isteri cukup kental melobi undian saya dalam ABPBH 33 termasuk membakar semangat kelab peminat, Geng Haziq,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Haziq diumumkan antara 10 calon ABPBH 33 yang meraih kutipan undi tertinggi sehingga 1 November lalu.

Selain Haziq, artis lain adalah Aiman Tino; Alif Satar; Nur Fazura; Haqiem Rusli; Hun Haqeem; Khai Bahar; Sherry Alhadad; Siti Nordiana dan Zahiril Adzim.

Haziq mengaku doa ibu bapa dan isteri sentiasa dimakbulkan.

“Setiap hari sebelum keluar rumah, saya akan menghubungi Mama meminta dia memanjangkan doa mempermudahkan urusan.

“Begitu juga doa isteri solehah. Percayalah, tidak rugi berbuat begitu kerana ada azimatnya doa mereka… Insya-Allah,” katanya.

Haziq yang meraih trofi Penyampai Radio Popular ABPBH 31 mengaku memasang impian menang lagi.

“Impian hendak memenangi lagi trofi Penyampai Radio Popular pasti ada. Tapi saya hanya mampu berserah.

“Begitu juga persaingan dalam kategori Pengacara TV Popular. Teman gandingan saya dalam program Muzik Muzik, Sherry Alhadad bersaing sama.

“Dalam kedua-dua kategori ini, semua calon hebat-hebat. Tapi tiada yang mustahil. Kalau sudah rezeki kita, ia tidak lari ke mana-mana.

“Hanya tunggu dan lihat. Usaha dan doa terus dipanjangkan, selebihnya tawakal,” katanya.

Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda pada Julai 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat