Ringan Dan Mudah Untuk Diterbangkan, DJI Lancarkan DJI Mini 2

- Advertisement -

Syarikat peneraju dalam penghasilan dron dan teknologi kamera kreatif, DJI baru-baru ini melancarkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu DJI Mini 2.

Merupakan penyambung kepada produk asal DJI, DJI Mini 2 adalah merupakan sebuah kamera dron bersaiz kompak yang dilengkapi dengan teknologi berprestasi tinggi.

Tetapi jangan tersalah sangka, walaupun namanya juga mempunyai Mini dan juga kelihatan kecil namun ianya adalah berbeza dengan DJI Pocket 2 yang dilancarkan baru-baru ini.

1

DJI Pocket 2 boleh dikategorikan sebagai kamera aksi atau digunakan untuk tujuan vlogging tetapi DJI Mini 2 yang terbaru ini adalah merupakan sebuah kamera dron.

Walaupun hanya seberat 249 gram, namun DJI Mini 2 ini lengkap dengan penambahbaikan seperti kuasa penerbangan dan teknologi transmisi yang dipertingkatkan untuk sambungan yang bertahan lebih lama dan reliable (boleh diharap).

2

DJI MINI 2 SESUAI BUAT SEMUA DAN MUDAH UNTUK DITERBANGKAN.

Lebih senang untuk diterbangkan dek kerana saiznya yang kecil dan kompak, DJI Mini 2 ini juga sangat sesuai buat mereka yang baru mencuba untuk berjinak-jinak dalam fotografi menggunakan dron.

Ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai mod yang telah dioptimumkan untuk membolehkan anda merakam setiap detik berharga ketika menerbangkannya.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tutorial dan beberapa alat pembelajaran untuk pengguna baru menikmati dron mereka dengan penuh berkesan.

Bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai fungsi dalaman penuh berguna, tetapi DJI Mini 2 ini juga dihadirkan dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik.

8

AKSESORI YANG DITAWARKAN BERSAMA DJI MINI 2

Pemilik atau pengguna DJI Mini 2 ini boleh memilih untuk menjadikan sistem ini sebagai milik mereka yang tersendiri dengan rangkaian aksesori yang luas.

Tidak mempunyai masa untuk menerbangkannya kerana terhalang dengan perintah kawalan pergerakan ketika ini?

Jangan risau kerana anda juga berpeluang untuk mempamerkan DJI Mini 2 kesayangan ini dengan illuminated display case ini yang pasti akan menyerikan lagi setup anda di rumah.

4

‘ILLUMINATED DISPLAY CASE’ UNTUK MENYIMPAN DJI MINI 2 ANDA.

Dengan harga serendah RM1,899, DJI Mini 2 pasti menjadi pilihan anda yang seterusnya untuk fotografi dan videografi menggunakan kamera drone selepas ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat