Nak dengar rintihan rakyat tengok Facebook Najib dan Muhyiddin, tak perlu Jasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung kenyataannya bahawa Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berfungsi untuk mendengar rintihan rakyat bukannya senjata propaganda kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu sekiranya berhasrat mendengar rintihan rakyat boleh membaca di Facebook beliau atau Perdana Menteri kelapan yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Nak dengar rintihan rakyat, boleh baca page Facebook saya atau PM8.

“Nak tengok makian berpanjangan, boleh baca page Facebook PM 4/7/7i (Tun Dr Mahathir Mohamad), Lim Kit Siang atau Twitter Lid (Khalid Samad),” seloroh Ahli Parlimen Pekan itu.

Malah beliau turut memaklumkan, bacaan itu adalah percuma.

Semalam, Wan Saiful berkata, Jasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan lagi satu unit propaganda.

“Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas. Peranannya berubah mengikut situasi semasa. Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

“Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah berakhir,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat