Peruntukan Jasa, Pengerak perlu ditarik semula – Anwar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dana untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang berjumlah kira-kira RM81 juta dan RM 8.5 juta untuk Penggerak Komuniti Negara perlu ditarik semula.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut tiada ada keperluan dan tidak memberi penekanan kepada kebajikan rakyat serta hanya bertujuan politik semata-mata.

“Kalau kita bagi hujah apa pun orang tidak percaya. Kerajaan bagi subsidi padi untuk rakyat miskin. Tapi untuk kroni politik RM 81 juta diberikan. Saya minta batalkan keputusan ini dan juga untuk Penggerak komuniti.

“Peruntukan ‘one off’ RM8.6 juta untuk kesenangan kelompok wanita. Menteri Kewangan perlu jaga integriti,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut menegaskan PH tidak akan menyokong usul meluluskan Belanjawan 2021 kecuali kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz melakukan pindaan terhadapnya dengan memasukkan beberapa tuntutan yang dibuat pembangkang sebelum ini.

Sehubungan itu ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan beliau tidak mahu kerajaan sekarang, menteri kewangan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuat andaian Belanjawan 2021 akan diluluskan dengan cara mudah tanpa membuat pindaan yang memenuhi tuntutan PH.

Sebelum ini, PH ada membuat beberapa tuntutan namun hanya enam dimasukkan dan disentuh secara sepintas lalu oleh Zafrul dalam pembentangan Belanjawan 2021, pada Jumaat lalu termasuk isu moratorium dan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat