Belanjawan 2021: Pejuang Dalam Dilema Untuk Sokong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejuang mengakui berada dalam dilema apabila diminta menyatakan pendirian terhadap Belanjawan 2021.

Dalam satu kenyataan media bersama, Pejuang memberitahu ntuk menyokong belanjawan tersebut, Ahli-ahli Parlimen Pejuang merasa mengabaikan kepentingan awam kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi negara.

Bagaimanapun, untuk tidak menyokong kami (Pejuang) akan dituduh bermain politik ketika keadaan negara terdesak akibat daripada wabak Covid-19.

“Selain itu, jika kami mengambil pendirian tidak menyokong, kami akan dituduh tidak taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

“Amatlah malang pihak kerajaan kelihatannya tidak ikhlas terhadap sikap prihatin Yang
di-Pertuan Agong yang bimbang jika belanjawan tidak lulus maka negara akan menghadapi
masalah kecairan untuk mentadbir.

“Sebaliknya, apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ialah mengguna titah Yang di-Pertuan Agong sebagai satu “blank cheque” untuk memasukkan beberapa aspek ke dalam belanjawan itu yang menjurus kepada keuntungan politik dan mengenepikan kepentingan awam,” katanya.

Pejuang juga membangkitkan isu peruntukan yang begitu besar kepada agensi propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) salah satu simptom yang jelas meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat.

“Kerana itu, kami melihat belanjawan yang dibentang itu sebagai tidak menghayati semangat
titah Agong yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik.
“ Kami berharap aspek-aspek belanjawan yang digusarkan dan ditimbulkan oleh rakyat, pakar pakar ekonomi, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, penganalisa-penganalisa, pemimpinpemimpin badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan anggota-anggota masyarakat yang lain akan dapat dinilai, diperbetul dan jika perlu dibatalkan.

“Jika ini dapat dilakukan, maka kami bersedia memberikan sokongan kepada Belanjawan 202,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat