Lanjutan PKPB: Bicara kes 1MDB Najib ditangguh ke 14 Dis

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan esok, ditangguh sekali lagi berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 14 hingga 17 Dis untuk menyambung semula perbicaraan itu yang sepatutnya berlangsung esok hingga 12 Nov di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

“Kami telah dimaklumkan mengenai tarikh baharu perbicaraan itu oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Azura Mohd Saad melalui e-mel pagi ini,” katanya.

Apabila perbicaraan disambung semula, pihak pembelaan dijangka meneruskan soal balas ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman.

Pada 5 Okt, mahkamah menangguhkan perbicaraan ke 19 Okt selepas membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menunda kes berkenaan kerana bekas perdana menteri itu menjalani kuarantin dua minggu selepas pulang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri di Sabah bulan lepas.

Mahkamah kemudian menjadualkan semula tarikh perbicaraan kepada esok susulan pelaksanaan PKPB.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan