Jenazah mangsa nahas helikopter selesai dibedah siasat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 9 Nov  — Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dibawa keluar dari bilik mayat  Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), selepas selesai dibedah siasat, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Sabri, 56, kemudian dibawa oleh kenderaan jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak untuk disolatkan sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Melati serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Bernama yang berada di lokasi turut dimaklumkan bahawa proses bedah siasat seorang lagi mangsa nahas, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Selesai  bedah siasat, jenazah Mohd Irfan dijangka akan dibawa ke Surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil selepas dimandikan di HCTM untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan di Subang USJ22.

Terdahulu, kira-kira 20 waris kedua-dua mangsa dilihat menunggu proses bedah siasat di bilik jenazah hospital, selepas membuat pengecaman terhadap jenazah mangsa.

Keputusan ujian saringan COVID-19 ke atas kedua-dua jenazah juga difahamkan negatif.

Mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian juga dilihat hadir di bilik mayat HCTM pada pukul 10.30 pagi dan meninggalkan lokasi berkenaan pada kira-kira pukul 11.50 pagi.

Pengarah HCTM Prof Datuk  Dr Hanafiah Harunarashid turut dilihat hadir di bilik mayat pagi ini.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat