ABPBH 33 : Pemenang ambil sendiri trofi

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...

2,555 Pesakit Covid-19 Pulih, 935 Jangkitan Baru Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan sebanyak 935 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Belanjawan 2021: Dr Mahathir Bidas Ahli Parlimen Tak Berprinsip

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan undi belah bahagi gagal dilakukan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini kerana cuma 13 ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR: Akur dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan, BH dan TV3 melalui syarikat produksi, Primeworks Studios (PWS) akan memastikan semua aspek dalam penganjuran malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Jumaat ini, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

Sehubungan itu, beberapa pendekatan baharu diperkenalkan dalam pengisian acara berpandukan syor MKN termasuk mengehadkan jumlah penyampai anugerah dan lebih penting, tiada elemen sentuhan seperti bersalaman dan memegang trofi antara pemenang dan pemberi anugerah di pentas.

Sesuai dengan penerapan norma baharu, trofi akan diletakkan di atas meja khas umpama rostrum di mana pemenang akan mengambil sendiri piala berkenaan apabila naik ke pentas, sebelum memberi ucapan.

Mengaku penganjuran edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini membawa cabaran besar, Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid berkata, penganjur mesti akur dengan permintaan MKN dan Kementerian Kesihatan demi memastikan keselamatan semua pihak.

“Kami tidak menafikan sangat mencabar untuk merealisasikan program anugerah ini tanpa penonton seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Perkara ini lebih dirasakan bagi artis yang membuat persembahan di mana selalunya mereka akan mendapat aura kemeriahan daripada penonton.

 

Visual pentas dengan layar LED untuk malam kemuncak ABPBH 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Visual pentas dengan layar LED untuk malam kemuncak ABPBH 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

“Bagaimanapun, kami mencuba sedaya upaya untuk membuatkan penonton di rumah merasakan kehangatan ABPBH 33 sama seperti kami yang berada di Axiata Arena,” katanya kepada BH Online.

ABPBH 33 yang dibawakan syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama, akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Jumaat ini, mulai jam 9 malam.

Buat kali pertama dalam sejarah, siaran langsung ABPBH 33 tidak dihadiri penonton di lokasi acara bagi mengelak perhimpunan beramai-ramai termasuk kelab peminat.

Nurhul Huda berkata, produksi mahu memastikan penonton di rumah terhibur biarpun acara kali ini tidak dihadiri jemputan di Axiata Arena.

“Untuk tujuan itu, kami akan cuba menjemput penonton secara virtual, iaitu audiens diundang melalui aplikasi Zoom untuk menaikkan suasana di stadium kelak,” katanya.

Menyifatkan langkah itu sebagai amalan norma baharu dalam penganjuran acara anugerah dan program hiburan, tambah Nurhul Huda, hanya petugas belakang tabir, kru, artis diundang membuat persembahan, penyampai trofi dan pemenang akan menghadiri ABPBH 33.

“Kalau mahu diikutkan, Axiata Arena boleh memuatkan 7,000 hingga 8,000 penonton. Namun, disebabkan pandemik COVID-19, hanya mereka yang terbabit dibenarkan masuk.

“Pemilihan Axiata Arena dapat memastikan kami mengamalkan penjarakan sosial yang lebih efisien kerana premis yang luas.

“Mahu mendapatkan kebenaran MKN bukannya mudah. Jadi, kami perlu betul-betul mengikut SOP ditetapkan.

“Kami berharap mereka yang hadir memainkan peranan masing-masing dengan sentiasa memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan,” katanya.

Nurhul Huda berkata, ABPBH 33 yang akan dikendalikan Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee, mengurangkan jumlah penyampai trofi.

“Kami hadkan kepada seorang penyampai sahaja mengikut slot. Kalau dahulu, kita boleh lihat dua hingga tiga orang menyampaikan trofi, kali ini, hanya seorang.

“Trofi akan diletakkan di tengah pentas bagi mengelak berlakunya sentuhan antara penyampai dan pemenang,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan pula, Nurhul Huda berkata selain 14 pemuzik dan dua penyanyi latar, penganjur mengehadkan penari berikutan amalan penjarakan fizikal.

“Bagi persembahan yang ada penari, kami hadkan kepada antara enam hingga lapan orang sahaja.

“Seperkara lagi, penari perlu memakai pelitup muka sepanjang masa termasuk ketika membuat persembahan,” katanya.

Membuka segmen persembahan, sketsa komedi dijayakan Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff bakal menentukan tempo acara pada malam itu.

Artis lain yang membuat persembahan adalah Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla; Ernie Zakri dan Hafiz Suip; Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.

Tidak hanya itu, ABPBH 33 turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Yonnyboii bersama pasangan duet, Shalma Eliana akan mempersembahkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me! pada malam itu.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Kami Cuba KFC Crunchy Tandoori Baharu Dan Ini Pandangan Kami

KFC Malaysia baru-baru ini telah melancarkan menu ayam goreng terbaru mereka, KFC Crunchy Tandoori. Kami yakin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam terbaru daripada...

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Sejak pandemik tiba, dapat dilihat populariti konsol daripada Nintendo iaitu Switch kembali melonjak. Kehadiran beberapa game terbaru seperti Animal Crossing: New Horizons secara tidak...

Google rai Saloma menerusi ‘doodle khas’

KUALA LUMPUR: Sebagai penghormatan, Google memaparkan 'doodle khas' Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma pada enjin carian mereka, hari ini. Ia sempena tarikh penganugerahan Biduanita...