Alex Trebek meninggal dunia akibat kanser pankreas

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Los Angeles: Pengacara Alex Trebek yang mengendalikan program Jeopardy! selama 36 tahun meninggal pada usia 80 tahun di kediamannya hari ini selepas menderita sakit kanser pankreas sejak tahun lalu.

Berita sedih itu disahkan pihak produksi program terbabit menerusi sebuah kenyataan di Twitter. Menurutnya, Trebek meninggal dalam keadaan tenang di samping keluarga tercinta.

Bekas peserta program Jeopardy!, Ken Jennings menyifatkan pemergian hos terbabit satu kehilangan besar.

“Alex bukan saja cemerlang dalam apa yang dia ceburi. Dia lelaki penyayang, hatinya sangat baik, dan saya sangat bersyukur dengan setiap saat saya pernah habiskan bersamanya,” ciap Jennings.

Pada Mac tahun lalu, Trebek mengumumkan dia menghidap kanser pankreas tahap keempat sebaik memperbaharui kontrak bersama program terbabit. Meskipun kerap jalani kemoterapi, dia tetap muncul hoskan Jeopardy!.

Trebek dilahirkan di Sudbury, Kanada pada 22 Julai 1940. Kariernya bermula di sana sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada sekitar 1970-an dan mengacarakan pelbagai program permainan.

Ia termasuk The Wizard of Odds, Double Dare, The $128,000 Question, dan The New High Rollers sebelum mendapat tawaran mengendalikan Jeopardy!.

Trebek meninggalkan seorang isteri, Jean, serta dua anaknya, Matthew dan Emily.

Agensi

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pengumuman Filem Animasi Ejen Ali: The Movie 2 Buatkan Netizen Tidak Sabar Menantikannya

Bermula sebagai siri animasi pada 2016, Ejen Ali nampaknya berjaya menarik perhatian tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa menerusi animasi serta plotnya yang unik dan...

Peminat Terpegun Dengan Aksi Pencak Silat Ultraman Ribut Dalam Ultra Galaxy Fight

Baru sahaja ditayangkan 6 jam yang lalu, siri ULTRA GALAXY FIGHT: THE ABSOLUTE CONSPIRACY episod kedua sudah menjadi buat mulut peminat Ultraman terutamanya peminat...

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

SneakerLah merupakan acara sneakers-convention terbesar di Malaysia sejak ia dimulakan pada tahun 2015. Pada tahun lalu, SneakerLah telah menyaksikan kelahiran sepasang kasut edisi terhad pertamanya hasil...