KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya melakukan pindaan Belanjawan 2021 berfokus kebajikan rakyat sekiranya ingin mendapat sokongan penuh Dewan Rakyat.
Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan bahawa kerajaan wajar tumpukan kepada membela nasib rakyat.
“Saya nak tekankan di sini, saya tidak mahu ada andaian mudah. Keadaan sekarang berbeza.
“Kerajaan, menteri kewangan dan perdana menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang kita tuntut.
“Belum pasti belanjawan ini kita luluskan dengan cara mudah,” katanya.
Anwar berkata belanjawan dibentangkan Jumaat lalu tidak menepati tuntutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), sebagai usaha awal untuk mendapatkan sokongan kedua-dua belah pihak.