Warga Pitas guna tiang bendera untuk capaian internet (Video)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketiadaan talian internet bukanlah penghalang bagi penduduk kampung di Pitas, Sabah daripada berhubung dengan dunia luar.

Malah mereka berfikiran kreatif dengan meletakkan sebuah telefon bimbit dalam botol plastik lalu menggantungnya dengan tinggi menggunakan sebatang buluh.

Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2766631756926839&id=1552968798293147

Telefon bimbit itu sebelumnya dipasang perincian ‘hotspot’ bagi memudahkan gajet itu menerima talian internet dengan lancar sekaligus dijadikan peranti untuk alat telekomunikasi lain termasuk komputer riba memperoleh internet.

Video cara penduduk di situ mendapatkan capaian internet tular di media sosial, salah satunya dimuat naik pengguna akaun Twitter Kuala Lumpur Reporter.

Sebelum ini isu seorang gadis dari Pitas, Veveonah Mosibin sanggup memanjat pokok bagi mendapatkan talian internet di kampungnya menjadi tumpuan nasional.

Penuntut Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu memuat naik video di Youtube menunjukkan kegigihannya bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2766631756926839&id=1552968798293147

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat