Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan

- Advertisement -

GEORGETOWN: Semua kes positif COVID-19 yang direkodkan di Penjara Reman Pulau Pinang setakat ini membabitkan banduan dengan enam adalah rakan satu sel dengan lelaki yang meninggal dunia pada 5 Oktober lalu.

Pengarahnya, Mohamed Jusoh Idris, berkata setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif jangkitan berkenaan.

“Bagaimanapun masih ada petugas yang belum menerima keputusan mereka, manakala banduan yang dijangkiti pula sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Kami harap tindakan pantas mengasingkan serta kuarantin mereka yang kami laksanakan sebelum ini dapat membendung penularan wabak itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya proses ujian saringan COVID-19 dan sanitasi masih dijalankan di penjara berkenaan.

Beliau juga berkata buat masa ini operasi penjara berjalan seperti biasa, dikendalikan oleh 320 petugas.

Setakat semalam, Kluster Penjara Reman itu dilapor merekodkan lapan kes positif termasuk seorang, iaitu kes indeks, yang meninggal dunia pada Isnin lalu. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat