Pemuda PAS cadang Batu Sapi diisi Warisan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS mencadangkan kerusi Parlimen P.185 Batu Sapi diisi oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) selaku status quo.

Timbalan Ketua Pemuda PAS,Ahmad Fadhli Shaari menyeru parti-parti di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dapat mengambil sikap tidak menghantar pencalonan di dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Malah katanya, lebih baik membiarkan kekosongan itu diisi oleh parti penyandang (status quo) bagi mengelakkan situasi yang lebih buruk seperti mana yang telah berlaku pasca Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan kenaikan mendadak kes-kes baru wabak Covid-19.

“Keutamaan sekarang ini bukanlah kepada pilihanraya kecil, tetapi nyawa rakyat yang terlalu bernilai untuk dipertaruhkan jika berlaku PRK yang pada hakikatnya boleh dielakkan, tanpa melanggar mana-mana prosedur dan ketetapan di dalam perlembangaan.

“Pemuda PAS penuh yakin bahawa, tanpa menawan kerusi Batu Sapi sekalipun, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyidin Yasin terus kekal utuh, dihormati dan disayangi oleh majoriti rakyat Malaysia.

“Pemuda PAS berharap, seluruh parti politik di Malaysia boleh bersama dalam perkara ini, demi kepentingan rakyat keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Parlimen Malaysia ada mengeluarkan notis berkenaan pengosongan kerusi Parlimen P185 Batu Sapi, atas kematian penyandangnya iaitu Datuk Liew Vui Keong baru-baru ini.

Semalam, Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat