Jabatan Penjara Hargai Sumbangan Ebit Liew

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Jabatan Penjara Malaysia memberi jaminan bahawa pihak pengurusan penjara sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan warga jabatannya.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata ia sangat bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai pihak badan bukan kerajaan (NGO) mahupun mana-mana individu yang tampil menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu penjara yang terkesan dengan masalah COVID-19.

“Jabatan Penjara Malaysia sentiasa mengalu-alukan kerjasama sebegini bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani wabak pandemik COVID-19 yang melanda institusi penjara.

“Ini merupakan amalan dan kerjasama biasa dijalin antara pihak penjara bersama NGO atau individu persendirian yang tampil membantu bagi tujuan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama Jabatan Penjara mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Liew yang tampil membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak penjara atas semangat kesukarelaan.

“Oleh demikian, pihak penjara berharap agar isu ini tidak dipolitikkan bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya,” menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini tular di media sosial Ebit Liew memberikan bantuan keperluan asas kepada banduan di Penjara Pokok Sena, Kedah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat